Pada 14 Julai yang lalu, telah diadakan Program Ceriaton di SK Stapok yang dianjurkan Pihak PIBG dan warga sekolah. Pengisian program ini adalah menceriakan kawasan sekolah, membersihkan kawasan sekolah dan kelas-kelas. Disamping itu, Program Ceriaton ini adalah untuk mengutip dana untuk sekolah dan juga dana pembinaan dewan Sk Stapok. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada ibubapa dan penjaga serta warga sekolah yang terlibat di dalam program ini.
1) Pendaftaran ibubapa/penjaga/kakitangan sekolah
2) Aktiviti senam robik sebelum program dijalankankan
3) Aktiviti mendalamkan parit di bahagian hadapan kelas dan menghias
pagar hadapan sekolah
pagar hadapan sekolah
4)Aktiviti membersihkan sekeliling pagar kawasan sekolah
4) Aktiviti mengecat dinding tandas murid
5) Aktiviti kaum ibu, guru kelas dan murid-murid membersihkan kelas
6) Hadiah kutipan tertinggi
6) Hadiah kutipan tertinggi
Secara keseluruhannya, Program Ceriaton dapat dijalankan dengan jayanya sebagaimana yang dirancang. Terima kasih diucapkan kepada ibubapa, penjaga, guru-guru, AJK PIBG, kakitangan swasta dan warga sekolah yang terlibat di dalam program ini. Tidak lupa juga kepada semua warga sekolah yang telah bertungkus lumus mengutip derma untuk Program Ceriaton bagi menambah dana SK Stapok khususnya.