27 Jul 2018

PROGRAM CERIATON SK STAPOK 2018

Pada 14 Julai yang lalu, telah diadakan Program Ceriaton  di SK Stapok yang dianjurkan Pihak PIBG  dan warga sekolah.  Pengisian program ini adalah menceriakan kawasan sekolah, membersihkan kawasan sekolah dan kelas-kelas. Disamping itu, Program Ceriaton ini adalah untuk mengutip dana untuk sekolah dan juga dana pembinaan dewan Sk Stapok. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada ibubapa dan penjaga serta warga sekolah yang terlibat di dalam program ini. 


1) Pendaftaran ibubapa/penjaga/kakitangan sekolah



2) Aktiviti senam robik sebelum program dijalankankan





3) Aktiviti mendalamkan parit di bahagian hadapan kelas dan menghias
pagar hadapan sekolah



4)Aktiviti membersihkan sekeliling pagar kawasan sekolah






4) Aktiviti mengecat dinding tandas murid










5) Aktiviti kaum ibu, guru kelas dan murid-murid membersihkan kelas








6) Hadiah kutipan tertinggi 













Secara keseluruhannya, Program Ceriaton dapat dijalankan dengan jayanya sebagaimana yang dirancang. Terima kasih diucapkan kepada ibubapa, penjaga, guru-guru, AJK PIBG, kakitangan swasta dan warga sekolah yang terlibat di dalam program ini. Tidak lupa juga kepada semua warga sekolah yang telah bertungkus lumus mengutip derma untuk Program Ceriaton bagi menambah dana SK Stapok khususnya.

1 May 2018

KEM CEMERLANG JAWI SIRI 1/2018

Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah mengadakan Kem Cemerlang Jawi Siri 1/2018 pada 23 dan 24 April yang bertempat di Sk Stapok. Program bermula jam 1.30 hingga 5.30 petang. Penekanan murid yang terlibat adalah murid Linus Jawi Tegar. Semoga murid dapat menambahbaik dan menguasai Jawi dengan baik.











KEM LITERASI AL-QURAN 2018

Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah mengadakan Kem Literasi Al-Quran pada Hari Sabtu iaitu 21 April 2018 bertempat di Makmal Komputer Sk Stapok. Tujuan adalah memberi penekanan kepada murid yang lemah membaca Iqra'.  Semoga dengan program ini dapat memberi kesan yangbaik serta murid dapat membaca Iqra' . InsyaAllah. 
























PROGRAM CERIATON SK STAPOK 2018