29 Apr 2018

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1/2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah mengadakan Program Kem Bestari Solat Siri 1 pada 14 April 2018 (Sabtu) yang lalu bertempat di Sk Stapok. Objektif Program  ini dilaksanakan adalah  untuk semua murid kerana ianya merupakan asas utama dalam membentuk peribadi seorang muslim yang sejati. Ia memberi perhatian khusus bagi memastikan murid berjaya menguasai cara-cara wuduk dan solat dengan sempurna dengan penumpuan khusus dari segi bacaan dan perbuatan. Kesempurnaan dalam mengerjakan solat fardu harian akan menjana modal insan yang mantap dari segi akidah dan jati diri seseorang Muslim. Semoga dengan adanya program ini, dapat memberi manfaat kepada semua murid-murid yang beragama Islam. Terima kasih dan syabas kepada semua GPI dan GBA dan tidak lupa juga kepada Guru Kafa yang sama-sama membantu.




Pendaftaran murid



Amali Wuduk








Waktu rehat

Tayammum













Solat berjemaah dan Bersurai

25 Apr 2018

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK STAPOK 2018

Pada 28 March 2018 yang lalu, SK Stapok telah mengadakan kejohanan sukan tahunan bertempat di Padang Sukan SMK Batu Kawa. Majlis bermula seawal jam 7 pagi. berikut merupakan gambaran sekitar kejohanan sukan diadakan.














PERGINYA, TAK KEMBALI

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali)

Perginya Allahyarhamah Pn Ameera Izzaty menghadap Penciptanya pada 12 Februari 2018 merupakan satu kehilangan yang sangat besar buat warga SK Stapok. Allahyarhamah merupakan seorang kerani di Sk Stapok. Merupakan orang  yang sangat ceria dan dikenali dengan senyum manis yang tidak pernah lekang dari bibirnya. Semoga beliau ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

SELAMAT TINGGAL, SAMPAI KITA BERJUMPA LAGI


MAJLIS PERSARAAN PUAN JOSEPHINE 



Sekalung penghargaan Terima Kasih warga SK Stapok ucapkan buat kalian bertiga atas sumbangan bakti dan jasa yang tidak terhingga dalam mendidik anak-anak SK Stapok. Berhentinya langkah kalian disini tidak bermakna kalian akan dilupakan. Semoga kalian lebih maju di masa akan datang,

CERAMAH PERSEDIAAN DAN PENDEDAHAN AWAL KE SEKOLAH MENENGAH AGAMA MURID ISLAM TAHUN 6

TEMPAT        : DEWAN KG. STAPOK
MASA            : 8.10 pagi - 9.10 pagi
TARIKH        : 26 APRIL 2018
ANJURAN     : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN UNIT BIMBINGAN  & 
                       KAUNSELING SK STAPOK

PROGRAM CERIATON SK STAPOK 2018