29 Apr 2018

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1/2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah mengadakan Program Kem Bestari Solat Siri 1 pada 14 April 2018 (Sabtu) yang lalu bertempat di Sk Stapok. Objektif Program  ini dilaksanakan adalah  untuk semua murid kerana ianya merupakan asas utama dalam membentuk peribadi seorang muslim yang sejati. Ia memberi perhatian khusus bagi memastikan murid berjaya menguasai cara-cara wuduk dan solat dengan sempurna dengan penumpuan khusus dari segi bacaan dan perbuatan. Kesempurnaan dalam mengerjakan solat fardu harian akan menjana modal insan yang mantap dari segi akidah dan jati diri seseorang Muslim. Semoga dengan adanya program ini, dapat memberi manfaat kepada semua murid-murid yang beragama Islam. Terima kasih dan syabas kepada semua GPI dan GBA dan tidak lupa juga kepada Guru Kafa yang sama-sama membantu.




Pendaftaran murid



Amali Wuduk








Waktu rehat

Tayammum













Solat berjemaah dan Bersurai

PROGRAM CERIATON SK STAPOK 2018